Assalamualaikum dan salam sejahtera. Okay hakak ni lepasan SPM 2015. Alhamdulillah hakak dapat 6A2B2C. Hakak happy sangat dengan keputusan hakak. Ya lah hakak bukannya pandai sangat, 6A pun dah cukup buat ibu & abah hakak bangga dapat tengok anak sulung depa naik pentas. Acewah hahaha.
Sekarang hakak tengah tunggu result temuduga IPG. IPG ni lambat sikit daripada upu dan matrik. Upu hakak dapat tawaran diploma statistik di UiTM Tapah dan matrik hakak dapat Matrik Perlis course perakaunan. So hakak buat keputusan untuk masuk matrik dulu sementara tunggu result IPG. Kalau dapat syukur alhamdulillah. Kalau tak dapat hakak teruskan perjuangan di matrik.
Okay, pendahuluan dah panjang lebiaqqq dah ni hahahaha. So hadik-hadik sekalian dah bayar yuran pendaftaran belum? Kalau dah bayar boleh la buat pendaftaran online dan buat persiapan untuk ke matrik. So, hakak nak mulakan checklist barang-barang keperluan yang perlu dibawa ke matrik (asrama lain pun boleh jugak)
DOKUMEN
◎ Slip Pendaftaran Online (2 Salinan)
◎ Surat Tawaran Pengajian Ke Matrikulasi
◎ Kad Pengenalan pelajar
◎ Slip/Resit bayaran yuran. (Bagi penerima biasiswa/tajaan atau bantuan zakat, sila bawa bersama surat asal dari agensi berkenaan serta 1 salinan)
◎ Salinan buku akaun/penyata akaun yang memaparkan nama dan nombor akaun
◎ Gambar ukuran passport (Minimum 8 keping)
◎ Dokumen-dokumen penting lain yang perlu/telah diprint
PAKAIAN (mostly untuk perempuan)
◎ Baju kurung (Minimum 10)
◎ Baju kemeja & tali leher (Lelaki)
◎ Baju lengan panjang, blouse (Riadah, keluar makan, outing)
◎ Pakaian solat (Kain telekung, baju melayu, sejadah)
◎ Skirt
◎ Seluar sukan
◎ Seluar slack
◎ Tshirt lengan pendek, baju tidur, seluar pendek (Dalam bilik SAHAJA)
◎ Pakaian dalam (inner, kain dalam, baju dalam, seluar dalam, boxer, singlet)
◎ Kardigen
◎ Kain batik/kain pelekat
◎ Sweater
◎ Tudung (Pelbagai jenis & warna. Pastikan ada warna hitam)
◎ Anak tudung
◎ Aksesori (pin tudung, sepit, cekak, getah)
◎ Kasut bertutup (pelbagai jenis warna)
◎ Kasut sukan
◎ Selipar tandas
◎ Sandal
◎ Stokin (bawak banyak-banyak kalau pemalas)
PENJAGAAN DIRI
◎ Tuala (kecik & besar)
◎ Sabun mandi & shampoo
◎ Berus & ubat gigi
◎ Pencuci muka
◎ Krim muka
◎ Bedak
◎ Sikat
◎ Losyen badan
◎ Minyak rambut / gel
◎ Deodorant & perfume
◎ Pengetip kuku
◎ Ear buds
◎ Pad
LAUNDRY
◎ Sabun basuh baju (better yang liquid)
◎ Baldi & gayung
◎ Berus baju
◎ Hanger (kecik & besar)
◎ Pengepit baju
◎ Bakul kecik (letak barang mandi)
◎ Bakul baju kotor
KEPERLUAN BILIK
◎ Cadar & sarung bantal
◎ Selimut
◎ Bantal busuk
◎ Cermin muka
◎ Kunci mangga
◎ Jam loceng
◎ Pewangi loker/bilik
◎ Kalender kecil
◎ Bakul sampah
◎ Pembalut (keceriaan meja belajar & sebagainya)
ALAT TULIS
◎ Test pad & kertas A4 (assignment/eksperimen)
◎ Kalkulator saintifik
◎ Buku nota panjang & pendek (catat nota penting)
◎ Pen, pensel, pemadam, liquid paper, pembaris
◎ Soletep
◎ Stapler & ubatnya
◎ Highlighter
◎ Gunting
◎ Pembalut
◎ Fail
◎ Pendrive
LAIN-LAIN
◎ Beg galas & beg baju
◎ Makanan & minuman (Snek, biskut, roti, maggi, air kotak, air mineral)
◎ Bekas makanan & minuman (Pinggan, mangkuk, tupperware, mug, botol air)
◎ Sudu garfu
◎ Thermos
◎ Ubat-ubatan (panadol, minyak gamat, plaster, ubat demam & sebagainya)
◎ Handphone (giler sapa tak bawak)
◎ Laptop (tak wajib)
◎ Charger gadget-gadget
Itu saja dari hakak. Ikut kepentingan peribadi masing-masing dari segi kuantiti dan keperluan untuk dibawa ke sana. Terima kasih.
Cc: Blog kakak & abang senior
Labels: barang ke matrik, jom ke matrikulasi, keperluan matrik, kolej matrikulasi, matrik
